LUNDU, September 12, 2017 - Kenyataan Timbalan Menteri
Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohammed terus menerima bantahan daripada
pelbagai pihak.
Rapelson Richard Hamit |
Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru) melalui Ketua
Pemuda nya Rapelson Richard Hamit menyelar kenyataan Nur Jazlan sebagai suatu
tindakan yang tidak wajar.
"PBDS Baru membantah sekeras-keras nya tindakan
Kerajaan yang bercadang untuk membenarkan kemasukan lebih ramai perlarian
Rohingya ke negara ini", kata Rapelson ketika mengadakan sidang media di
sini.
"Menurut Nur
Jazlan, setakat ini terdapat kira-kira 56,000 pelarian Rohingya berada di
negara ini dan mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) Mengenai Pelarian (UNHCR)", ujar Rapelson.
"Janganlah jadikan Malaysia sebagai sebuah negara
gelandangan. Negara kita sudah cukup popular dengan isu 1MDB, perlukah Malaysia
menjadi tumpuan dunia sekali lagi?" jelas Rapelson.
Menurutnya lagi, sebarang perancangan Kerajaaan
Persekutuan untuk membawa masuk pelarian Rohingya ke Sarawak akan ditentang
berhabis-habisan dan tidak dibenarkan sama sekali. Beliau mengulas isu yang
menjadi viral di media sosial berkaitan cubaan menempatkan pelarian Rohingya di
Serian, Sarawak.
"Walaupun kita tidak tahu sejauh mana kebenaran
berita ini, namun, kita harus berwaspada. Sarawak terlalu kecil dan tiada
tempat untuk pelarian Rohingya", tegasnya.
Bahkan, tambah Rapelson, masyarakat Dayak di Sarawak
sendiri pun tiada tanah untuk hidup atas kegagalan Kerajaan Negeri pimpinan
Barisan Nasional yang gagal mengiktiraf Tanah Adat Asal Bumiputera (NCR).
"Orang Sarawak terutamanya masyarakat Dayak sendiri
pun ibarat "tetamu" di negeri ini atas kegagalan Kerajaan Negeri
mengiktiraf status pemilikan Tanah Adat Asal Bumiputera (NCR). Apatah lagi
hendak mebawa masuk pelarian Rohingya yang terkenal dengan perangai ganas ke
negeri ini?," bidasnya.
"Kemasukkan mereka akan merampas peluang pekerjaan
di negeri ini dan secara tidak langsung menyebabkan kemunduran ekonomi dan juga
pendapatan rakyat", kata Rapelson.
Selain itu, beliau juga membidas kenyataan Datuk Idris
Buang yang dikeluarkan melalui sebuah akaun Facebook.
"Idris Buang berkata atas dasar kemanusiaan, tetapi
beliau harus sedar bahawa keselamatan warga Sarawak sendiri perlu dijaga",
kata Rapelson.
Menurut Rapelson lagi, aspek keselamatan adalah suatu
pekara yang amat mustahak untuk dipertimbangkan. Ini kerana kata nya, pelarian
Rohingya telah ditolak oleh pelbagai negara dan telah menjadi pelarian yang merentasi
beberapa sempadan antarabangsa.
"Kenapa mereka diusir dari Rakhine oleh kerajaan
Mynmar dan kenapa pihak kerajaan Thailand, Kamboja, Laos dan juga Nepal serta
Pakistan tidak menerima mereka?", soal nya.
"Melainkan tujuan membawa masuk pelarian Rohingya
atas tujuan politik untuk menjadi pengundi hantu", bidas Rapelson.
Sebelum ini warga Rohingya telah menimbulkan rusuhan dan
kekecohan di Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment