Oleh Willie Mongin,
Pengerusi PKR
Cabang Puncak Borneo (Mambong)
SK Bengoh merupakan sebuah sekolah yang terletak di Jalan
Puncak Borneo, Ulu Bengoh lebih kurang 40KM dari Bandaraya Kuching. Buat masa
ini, terdapat 98 orang murid bersekolah disini dengan 13 orang tenaga pengajar.
Sekolah ini juga
menyediakan asrama kepada para – pelajar yang datang dari kampung – kampung
yang jauh. Namun keadaan sekolah yang begitu daif dan uzur telah dibiarkan
terus rosak tanpa diberi peruntukan walaupun telah dibuat tinjauan oleh Pegawai
dari Pejabat Pendidikan beberapa kali untuk penilaian kos pembaikan.
SK Bengoh mengalami masalah bumbung bocor, siling rosak
teruk, perabut dan juga infrastruktur dibilik darjah yang amat usang. Sistem
perparitan juga pecah dan dinding bilik darjah juga retak.
Para pelajar dan guru juga terpaksa menjalani kelas
mereka dalam keadaan yang panas dan tidak selesa kerana semua kipas yang sedia
ada dibilik darjah telah rosak.
Lebih memburukan keadaan, bilik dapur dan perkakasan
memasak SK Bengoh juga sudah ada yang rosak, menyebabkan pihak sekolah menghadapi
kesukaran untuk menyediakan makanan untuk pelajar yang tinggal di asrama.
Saya amat terkilan dan sedih apabila melihat dengan mata
sendiri keaadaan sekolah yang usang dan daif ini. Saya menyeru supaya pihak
Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pendidikan dapat meluluskan peruntukan dan
membuat kerja – kerja pemulihan dengan kadar segera.
Tidak ada sebab Sekolah di Sabah dan Sarawak tidak
mendapat peruntukan, sedangkan kerajaan persekutuan telah berjanji didalam
Rangka Tindakan Pendidikan Kebangsaan (National Education Blueprint 2013-2025)
bahawa semua sekolah – sekolah di Sabah dan Sarawak akan diberi keutamaan untuk
kerja – kerja naiktaraf, pembiakan dan dilengkapi dengan segala kemudahan
sebelum tahun 2014.
Ini sudah tahun 2015, namun tiada tanda – tanda pihak
kerajaan atau kementerian pendidikan akan mempercepatkan pelaksanaan Rangka
Tindakan Pendidikan Kebangsaan ini. - Ogos 3, 2015
No comments:
Post a Comment