Oleh Rapelson Richard Hamit
KUCHING: Dayak Nation Institute (DANI) akan mengadakan
Kursus Asas Tanah Hak Adat (NCR) dan Asas Pengendalian Peralatan GPS (GPSMap
62s) untuk pemetaan komuniti sempena cuti sekolah pada 4 Disember 2017 sehingga
9 Disember 2017.
Yuran akan dikenakan sebanyak RM100 untuk dewasa bukan
pelajar dan RM 60 untuk pelajar sekolah, IPTA dan IPTS (selepas diskaun 40%
untuk pelajar).
Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan asas Tanah Hak
Adat (NCR) dan cara-cara pengendalian dan pengunaan peralatan GPS (GPSMap 62s)
untuk pemetaan komuniti.
Pemetaan komuniti penting bagi menentukan keluasan
kawasan, menentukan sempadan tanah hak Adat dan juga pemetaan komuniti untuk
perlindungan mempertahankan tanah untuk masa hadapan.
Fokus dalam kursus ini adalah Pengendalian Peralatan GPS
(GPSMap 62s) untuk pemetaan komuniti.
Pengendalian GPS adalah asas untuk mengambil titik
koordinat bagi sempadan dan juga mengambil tanda-tanda bersejarah yang
menandakan kawasan NCR seperti tembawai (petempatan lama), pendam(kubur),
tinting (kaki bukit) dan sebagainya.
Makanan, minuman, bahan pencetakan dan sijil akan
disediakan untuk peserta kursus berkenaan.
Praktikal di lapangan akan dijalankan selepas tamat
kuliah. Setiap slot adalah terhad kepada maksima 10 peserta agar pengajar fokus
kepada pelajar.
Fokus interaksi
komunikasi dua hala untuk pemahaman Kursus Asas Tanah Hak Adat dan Asas
Pengendalian Peralatan GPS.
Kursus ini akan dijalankan di Kuching.
Tempahan di luar Kuching juga dijalankan bergantung
kepada permintaan.
Untuk tempahan tempat sila hubungi 0111-9882210.
No comments:
Post a Comment