“Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk memperkasakan usaha Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd seperti memperkenalkan Pakej Pembiayaan Perumahan patuh Shariah yang komprehensif.
Gambar: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari OpengSejajar pengumuman saya pada Oktober 2021 yang lalu, Housing Deposit Assistance Scheme (HDAS) telah diperkenalkan dan akan diurus oleh Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd.
Inisiatif ini adalah merupakan Skim Bantuan Deposit Perumahan yang ditawarkan kepada golongan B40 dan M40 di Sarawak untuk membantu pemilikan kediaman sendiri.
Melalui skim khas ini Kerajaan Negeri akan menyalurkan bantuan deposit sebanyak 10% atau maksimum RM10,000 untuk deposit pembelian rumah mampu milik kepada pembeli rumah pertama.
Ini adalah skim seumpamanya yang julung kali diperkenalkan di negara ini untuk membantu rakyat kita dalam golongan yang berpendapatan rendah.
HDAS turut diperluaskan bagi pemilik tanah yang ingin membina rumah di atas tanah sendiri.
Milikan tanah mestilah tanah yang diperuntukkan oleh Jabatan Tanah dan Survei dibawah Skim Pembesaran Kampung (SPK) dan Skim Penempatan Semula (SPS).
Bagi proses ini, peserta boleh menghubungi atau membuat permohonan terus di pejabat Mutiara Mortgage & Credit Sdn. Bhd.
Pada waktu yang sama, bagi inisiatif membina rumah di atas tanah sendiri, Mutiara Mortgage akan memperkenalkan Program Rumah Spektra Mutiara di mana kos pembinaan rumah akan dibiayai oleh Mutiara Mortgage melalui produk Mutiara Dream Home Financing Scheme (MDHFS).
“Rekabentuk rumah yang standard dan telah ditetapkan, selesa, mempunyai 3 bilik tidur 2 bilik air dan berkeluasan minimum 750 kaki persegi.
Harga kos pembinaan dianggarkan berjumlah sekitar RM90,000 hingga RM160,000 yang akan dibiayai melalui pembiayaan perumahan dengan mutiara.
Dengan adanya inisiatif-inisiatif seumpama ini, ia amat membantu rakyat Sarawak dari segi peningkatan pendapatan boleh guna isi rumah (nett disposable income) sekaligus meningkatkan nilai kekayaan (wealth creation) masing masing.
Penduduk di luar bandar turut diberi perhatian khusus agar tidak terpinggir dalam proses transformasi ini.
Dalam masa yang sama, pembeli rumah generasi muda turut sama menikmati kemudahan dalam urusan membeli rumah dengan adanya skim bantuan deposit dan kadar keuntungan pembiayaan yang amat rendah berbanding dengan pinjaman perumahan oleh pihak bank komersial.
Dari segi tempoh pembiayaan pula, jika mereka dapat membeli rumah pada usia muda, maka bayaran bulanan menjadi lebih rendah kerana tempoh pembayaran yang lebih panjang.” - Chief Minister Datuk Patinggi Abang Johari Openg. (February 7, 2022)
No comments:
Post a Comment