Unlike in the Sarawak State Legislative Assembly, the Parliamentary Speaker did not interrupt him on point of order or ask him to table substantative motion on issues concerning Taib Mahmud and his family members.
Speech by Bandar Kuching MP Chong Chieng Jen in Parliamen on March 13, 2012
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas dalam Usul Menjunjung Kasih atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda.
Perkara yang pertama yang saya ingin sentuh adalah tentang Parlimen ini, apakah sikap Kerajaan Barisan Nasional tentang apa yang diputuskan dalam Parlimen ini. Kita masih ingat pada tahun lalu dalam sidang lalu, kita telah terima satu laporan interim daripada Parliamentary Select Committee for Electoral Reform di mana ia mencadangkan satu Royal Commission of Inquiry diwujudkan untuk menyiasat pendatang asing di Sabah khususnya mereka yang telah dikeluarkan dengan identity card.
Sudah beberapa bulan berlalu. Kenapa Royal Commission ini masih belum ditubuhkan? Adakah ketidaksudian Kerajaan Barisan Nasional untuk menubuhkan itu Royal Commissionkerana pendatang asing itu dianggap penyokong Barisan Nasional? Mereka yang memegang identity card palsu ini akan dapat diugut supaya undi kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya yang akan datang, oleh itu Royal Commission of Inquiry ini dilambatkan untuk diwujudkan. Sehingga sekarang,
Sabahan dianggap sebagai stranger in their own state kerana bilangan-bilangan pendatang asing yang diberi identity card ini adalah lebih banyak daripada orang asal Sabah. Saya fikir Tuan Yang di-Pertua pun setuju atas apa yang saya katakan tadi. Ada satu ketidaksudian Kerajaan Barisan Nasional untuk menangani ini kerana atas political convenience. Oleh itu, saya haraplah jangan kita enggadaikan dan menjual daulat negara kita, dan saya menyeru juga supaya Royal Commission haruslah diwujudkan dengan segera.
Perkara yang kedua, dengan amat sedih saya ingin menarik perhatian Dewan ini atas satu kezaliman seorang menteri muda di Sarawak, seorang ahli politik Barisan Nasional juga, pemimpin Barisan Nasional. Satu kezaliman yang telah dilakukan terhadap seorang OKU.
Tuan Yang di-Pertua, biarkan saya memetik dan membaca satu surat yang dikeluarkan oleh beliau. Beliau bernama Datuk Mong Dagang. Seorang Datuk dan dia tulis surat ini kepada Penolong Pengarah Pertanian, Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman dan saya akan memetik apa yang dia tulis.
Ini adalah berkenaan dengan memberhentikan semua bantuan kerajaan Encik Frusis Lebi dari Entulang Entawa, Sri Aman... [Membaca petikan] “Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Saya memohon agar semua bentuk bantuan kerajaan yang telah diberikan oleh pihak tuan kepada Encik Frusis Lebi, seorang Orang Kurang Upaya (OKU) dari Entulang Entawa, Sri Aman selama ini diberhentikan dengan serta-merta. Ini adalah kerana beliau menentang dasar kerajaan dan menyokong secara terbuka calon pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2011 yang lepas. Selain itu, beliau juga menyediakan bilik operasi untuk calon pembangkang.”
Tuan Yang di-Pertua, since when our country has become like that? Bila masa kita sudah sampai tahap ini? Kerajaan Barisan Nasional memberhentikan itu wang kebajikan dan subsidi baja kepada seorang OKU kerana beliau menyokong parti pembangkang.
Tuan Masir Kujat [Sri Aman]: [Bangun]
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Bukankah ia adalah tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa sesiapa pun ada kebebasan untuk... [Disampuk] Nanti, nanti. Ada kebebasan berpersatuan, freedom of association. Kenapa seorang OKU dizalimi hanya kerana dia sokong parti pembangkang? Adakah ini polisi Barisan Nasional, adakah ini 1Malaysia, dan adakah ini rakyat didahulukan atau politik Barisan Nasional didahulukan?
Tuan Masir Kujat [Sri Aman]: [Bangun]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Penjelasan sikit.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Hendak bagi jalan, Yang Berhormat?
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Hendak minta penjelasan?
Tuan Masir Kujat [Sri Aman]: Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Untuk makluman Yang Berhormat Bandar Kuching, Encik Frusis ini adalah seorang cacat dan dia telah menerima bantuan kebajikan semenjak tahun 1982. Akan tetapi yes, dia sudah menerima bantuan kebajikan daripada kementerian atau agensi kerajaan. Hanya pada Pilihanraya Umum Ke-11, state, ADUN, dia membuat biliknya, rumah panjangnya sebagai bilik operasi dan mengibarkan bendera pembangkang. Jadi mengikut apa yang difahamkan oleh saya sendiri, beliau telah menerima lebih kurang RM300 sebulan dan juga bantuan-bantuan subsidi daripada Jabatan Pertanian. Oleh kerana beliau adalah penyokong kuat pada masa itu dan sepatutnya pada pendapat saya, beliau patut fikir dengan niat yang bagus.
Barisan Nasional telah bantu dia semenjak 30 tahun yang lepas. Jadi mengikut apa yang saya difahamkan, dia sekarang sudah mendapat lebih kurang RM2,000 sebulan. Kalau mengikut kebajikan, dia telah melepasi garis kemiskinan... [Tepuk] Dia mampu berdiri sendiri. Dia mempunyai van, membawa kereta sapu, membawa penumpang-penumpang.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Tuan Yang di-Pertua, bolehkah saya berhentikan itu penjelasan?
Tuan Masir Kujat [Sri Aman]: Jadi apa pandangan pembangkang, patut atau tidak?
Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Ini semua kerana itu pembangkanglah.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: These all Bakun’s nonsense on the highest
degree.
Tuan Masir Kujat [Sri Aman]: Ini kebenaran. Saya dari Sri Aman ini. Ini kebenaran ini.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Encik Frusis masih lagi seorang OKU!
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Eh, orang Kuching banyak lagi miskinlah.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Apa kaitan, apa kaitan di antara subsidi baja
dengan pendapatannya?
Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Tidak ada malukah?
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat dari Sri Aman ini menunjukkan satu pemikiran yang amat dimalukan. Amat-amat malu. Amat malu. Oleh kerana dia sokong pembangkang, oleh itu subsidinya dibatalkan. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sri Aman menunjukkan dia langsung tidak faham. Langsung tidak faham sistem demokratik yang kita amalkan. Dia kata itu duit daripada Barisan Nasional. Ini duit daripada rakyat, bukan daripada Barisan Nasional! Bukan daripada bapa kamu!
Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, apa yang dilaung-laungkan kuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri “Rakyat didahulukan”, ini semuanya satu pembohongan yang besar... [Dewan riuh] Dan apa yang dituliskan oleh seorang...
Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Yang Berhormat, sikit.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Nanti, nanti. Biarlah saya habis baru saya beri penjelasan. Oleh seorang menteri muda dan di samping itu seorang menteri senior minister di Sarawak dan sekarang seorang Yang Berhormat di Dewan ini yang menunjukkan satu sikap yang angkuh dan ekoran daripada... Ya, okey sila Yang Berhormat Kapit.
Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Bagi saya, saya melihat dia beginilah, itu kesilapan seorang. Memang dia dari Barisan Nasional, oleh kerana itu tidak bolehlah Yang Berhormat Bandar Kuching mengatakan kesilapan seorang itu sebagai kesilapan ataupun kesalahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tidak kena mengena dengan 1Malaysia.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: [Bangun]
Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Sesiapa pun boleh membuat kesilapan... [Dewan riuh] Kalau saya ditanya, saya pun tidak setuju.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Terima kasih.
Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Itu isolated case sahaja. Faham?
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Faham.
Dr. Lee Boon Chye [Gopeng]: [Bangun]
Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Kalaulah Yang Berhormat buat kesilapan, bolehkah saya kata...
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Ini, ini saya memang setuju dengan Yang Berhormat dari nanti, nanti dari Kapit. Ya, ini menunjukkan seorang politik yang matang.
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Akan tetapi, tadi Yang Berhormat Kapit kata ini tindakan seorang tetapi selepas itu...
Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: ...Dia ada kelas punya orang.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Akan tetapi selepas perkara ini dilaporkan dari dalam surat khabar, seorang senior minister di Sarawak, James Masing. Apa dia kata?,
”In any organization including political parties, we cannot go against our boss. That is a golden rule in life which we must observe”. And what he says? What is the rule of life? Jangan lawan tauke.
Seorang Ahli: [Menyampuk] Oh!
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Siapa itu tauke?
Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid [Kuala Langat]: ...Yang Berhormat Pasir Salak taukekah?
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: He’s trying to defend the indefensible. Macam apa
yang disebut oleh Yang Berhormat dari Kapit ini saya memang terima.
Seorang Ahli: Ya.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Tetapi ada seorang menteri muda, seorang
menteri, seorang Ahli Dewan Rakyat dan...
Dr. Lee Boon Chye [Gopeng]: [Bangun]
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Apa lagi, apa lu mahu? Apa Yang Berhormat
mahu lagi?... [Dewan riuh] [Ketawa]
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: [Ketawa] Apa Yang Berhormat mahu lagi? Untuk menunjukkan satu keangkuhan Barisan Nasional. Ya, silalah.
Dr. Lee Boon Chye [Gopeng]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Sebenarnya saya kagum dengan pendirian Yang Berhormat Kapit tadi dan memang setuju tetapi masalah pokok sekarang itu adalah tidak ada tindakan. Ini yang menjadi masalah.
Yang Berhormat Kapit sudah mengaku bahawa orang yang berkenaan telah buat kesilapan tetapi kesilapan itu berterusan dan tidak ada tindakan. Ini yang jadi masalah, masalah pokok. Sekian, terima kasih.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Terima kasih Yang Berhormat Gopeng.
Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Minta maaflah.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Ya, minta maaf. Ya, memang minta maaf. Minta maaf adalah satu perkataan yang sangat senang untuk diluahkan, untuk dikatakan.
Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Perlu ikhlas.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga
minta maaf beberapa minggu lalu, dia minta maaf atas kesalahan yang dilakukan oleh Barisan Nasional.
Adakah Yang Amat Berhormat akan minta maaf kepada Encik Frusis Lebi atas kezaliman yang dilakukan oleh seorang pemimpin Barisan Nasional? Akankah beliau akan minta maaf? Jangan sia-sia sahaja minta maaf, minta maaf dan lupa apa yang kesalahannya yang dilakukan. Apa satu kesalahan yang dilakukan mesti dibetulkan dan kalau Yang Berhormat dari Kapit yang begitu sincere...
Seorang Ahli:Prihatin.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Prihatin.
Seorang Ahli: Oh!
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Tidak macam Yang Berhormat daripada Sri Aman yang tidak berperikemanusiaan...
Seorang Ahli: Ya, zalim!
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Yang zalim itu bolehkah Yang Berhormat...
Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Daripada Kapit menyeru Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya meminta maaf dan melanjutkan apa-apa subsidi yang diberi kepada Encik Prosis?... [Dewan riuh] Bolehkah Yang Berhormat daripada Kapit buat satu pendirian yang jelas?
Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid [Kuala Langat]: Tegas. Jangan jadi Yang Berhormat Pasir
Salak, tegas!
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Apa yang dikatakan oleh James Masing itu,
menteri di Sarawak juga menunjukkan pemikiran Barisan Nasional yang menganggap sendiri menteri sebagai tauke, rakyat sebagai kuli. Oleh itu, apa-apa penyelewengan, salah guna duit pun tidak apa kerana ini duit dia, kerana dia tauke. Kuli mesti ikut, jangan lawan tauke. Inilah sikap Barisan Nasional dan biarlah kita menyerah kepada pengundi-pengundi untuk memutus bahawa siapa yang tauke. Adakah menteri yang tauke, Barisan Nasional yang tauke atau rakyat yang tauke. Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat anggap sendiri sebagai tauke kah?
Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: [Bangun]
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Ya, okey Yang Berhormat Kapit. Saya akan beri peluang kepada Yang Berhormat Kapit.. [Dewan riuh]
Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Okey, okey. Kita tidak berlawan, kita tidak berlawan. Yang Berhormat Bandar Kucing, ini satu kejadian, satu kes, satu sahaja. Okey, tetapi Yang Berhormat Bandar Kuching membuat seolah-olah ianya begitu besar sekali...
Seorang Ahli: Diperbesarkan.
Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Diperbesarkan. 1Malaysia banyak sudah membantu rakyat, rakyat didahulukan. Misalnya BR1M, berbilion kita belanjakan, berjuta orang mendapat faedahnya. Itu begitu besar yang rakyat dapat manfaatnya. Itu Gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Ya lah, ya lah. Saya terima, saya terima. Yang Berhormat dari Kapit, Yang Berhormat Kapit, apa yang saya sebut tadi bolehkah kesalahan ini, kesilapanini dibetulkan?
Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Boleh.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Itu sahaja. Boleh, Boleh? Let’s wait and see.
Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Kalau Yang Berhormat tanya saya, saya kata boleh tetapi saya...
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Pentadbiran kata tidak boleh! Ini pentadbiran yang mewakili Barisan Nasional. Akan tetapi, saya juga ingin memaklumkan Dewan ini akibat daripada apa yang dilakukan, kezaliman yang dilakukan atas Encik Frusis Lebi kita telah mengutip derma melalui internet dan lima hari sahaja RM12,000 sudah kita kutip. Ini menunjukkan ramai Malaysian, ramai daripada rakyat yang masih ada sense of justice.
Seorang Ahli: Ya... [Tepuk]
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Mereka semua tidak kenal siapa itu Encik Prosis tetapi mereka ada satu sense of justice, oleh itu mereka buat derma dan tidak serupa Barisan Nasional, satu pentadbiran yang zalim. Isu yang ketiga yang saya ingin sebutkan adalah mengenai kebocoran paip minyak diesel di Miri yang mencemarkan Sungai Liku yang menyebabkan bekalan air ke 300,000 orang penduduk di Miri terpaksa diberhentikan. Apakah siasatan yang dilakukan? Apakah tindakan lanjutkan yang akan diambil? Syarikat yang menyebabkan kebocoran minyak diesel ini adalah Syarikat CMS Group. Ini satu syarikat yang dimiliki oleh keluarga Ketua Menteri Sarawak dan adakah ia oleh kerana latar belakang syarikat ini, tidak ada siasatan akan dilanjutkan? Adakah syarikat itu akan didenda atas pencemaran ini?
Kita masih ingat dalam tahun 2010 Tuan Yang di-Pertua, oils spill yang dilakukan oleh BP di Amerika Syarikat, jumlah denda yang akan dikenakan atas BP yang menyebabkan oil spill itu adalah dijangka dalam lingkungan USD5 bilion hingga USD20 bilion.
Di samping itu, pampasan yang akan dibayar kepada penduduk-penduduk di tempat sekelilingnya yang telah dipengaruh oleh oils spill ini adalah di dalam jangkaan USD7.8 bilion. Cara penyiasatan dan cara pengurusan bencana itu yang berketulusan dan bertanggungjawab itu yang memberi keyakinan orang ramai terhadap kerajaan Amerika Syarikat.
Ia juga akan memastikan syarikat-syarikat supaya lebih berhati-hati di masa kelak tetapi dalam
kes ini, kes di Miri, CMS Companies, CMS Premix ini merupakan satu pencemaran air minuman yang
terburuk sekali untuk sejarah Sarawak, bahkan di Malaysia. Nampaknya Kerajaan Barisan Nasional tidak langsung menjalankan satu penyiasatan yang profesional, seolah-olah Kerajaan Barisan Nasional berniat untuk melindungi penyiasatan perkara tersebut. Adakah CMS Premix dan pengarah-pengarahnya akan didakwa dan disiasat dalam mahkamah atas kecuaian mereka yang menyebabkan pencemaran air paling teruk sekali di Sarawak. Adakah itu disebabkan syarikat yang melakukan pencemaran ini adalah CMS Premix? Oleh itu tidak ada siasatan yang telus akan dibuat? Tidak ada tindakan lanjutan yang akan dibuat?
Kalau itulah sikap pentadbiran Barisan Nasional, apatah lagi tentang pembinaan Lynas di Pahang yang akan mengeluarkan sisa-sisa toksik dan sisa-sisa radioaktif. Ini mengenai kepercayaan rakyat atas pentadbiran Barisan Nasional. Satu kes pencemaran air pun tidak dapat siasat dengan baik, apatah lagi kes kalau berlaku leakage of toxic waste.
Perkara keempat yang ingin saya sentuh adalah mengenai cukai, cukai atas subsidi.
Kebelakangan ini beberapa orang penternak ayam yang telah menerima insentif daripada kerajaan telah dikenakan cukai. Alasan yang diberi oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri adalah, mengikut perintah cukai pendapatan pengecualian No.22/2006 dan garis panduan berkaitan pengecualian cukai ke atas pemberian atau subsidi geran dan pendapatan pihak berkuasa berkanun. Atas perintah ini dan garis panduan ini. Bantuan subsidi, geran, ini alasan yang diberi oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Bantuan subsidi, geran yang diterima daripada kerajaan adalah tidak dikenakan cukai dan semua perbelanjaan yang berkaitan dengan aktiviti pemberian subsidi tersebut, tidak dibenarkan untuk ditolak daripada jumlah pendapatan tuan. Apa maksudnya? Maksudnya, subsidi ini akan dikecualikan cukai tetapi apa-apa perbelanjaan yang dibiayai untuk mendapatkan pendapatan itu, yang berkaitan dengan subsidi ini, tidak dapat dikira, ditolak. Oleh itu dalam erti kata lain, cukai yang diberi harus dikenakan cukai. Beberapa orang penternak ayam, mereka terima subsidi atau insentif bantuan kerajaan dalam tahun 2007, tahun 2008, tahun 2009, tahun 2010. Tahun ini mereka terima satu notis daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri bahawa mereka mesti bayar cukai atas jumlah yang diterima bantuan kerajaan ini.
Klasifikasi bantuan yang diberikan oleh kerajaan menurut apa yang ditulis dalam surat tuntutan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri adalah subsidi. Akta yang berkenaan memperuntukkan bahawa subsidi perlu bayar cukai tetapi insentif tidak perlu.
Skim bantuan yang diterima oleh penternak-penternak ini adalah skim permohonan insentif. Semasa mereka memohon insentif itu, mereka tidak diberitahu kena bayar cukai. Kenapa selepas empat tahun, mereka dikenakan cukai? Adakah kerana Lembaga Hasil Dalam Negeri memungut cukai kerana hutang kerajaan begitu besar dan telah menjangkaui RM456 bilion akhir tahun lalu. Oleh itu, kerajaan telah kekurangan duit, kekurangan dana, kekurangan dana untuk Barisan Nasional memancing undi dalam pilihan raya yang akan datang. Oleh itu, dahulu tidak payah bayar cukai, sekarang Lembaga Hasil Dalam Negeri paksa penternak-penternak ayam untuk membayar cukai.
Ini skim yang diberikan, di mana duit yang diberikan disebut sebagai insentif tetapi Lembaga Hasil Dalam Negeri kata ini adalah subsidi, oleh itu kena bayar cukai. Bukankah ini satu cara untuk memungut cukai daripada rakyat? Ini menunjukkan Barisan Nasional is in a desperate situation, tidak ada duit lagi. Kewangan negara kita dalam tahap yang bahaya...
Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: ...Tahniahlah, dah bunyi macam Yang Berhormat
Ipoh Timur, ‘desperate’. Minta maaf Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Desperate, hendak bayar duit, tidak ada duit, hendak bayar duit untuk pancing undi, tidak ada duit, apa boleh buat? Pungut cukai lagilah.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: ...Jangan cakap macam itu, walaupun betul... [Ketawa]
Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Yang Berhormat, ini kira macam Yang Berhormat Gombaklah, bunyi macam Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Bandar Kuching bunyi dia macam Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Pokok Sena macam Yang Berhormat Marang...
[Ketawa]
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Terima kasih atas pujian. Tuan Yang di-Pertua, ada satu, dua perkara lagi yang saya ingin sebutkan. Ia adalah berkenaan salah guna kuasa atau penyelewengan yang dilakukan di Sarawak. Kita semua telah maklum bahawa Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor, didakwa dan dihukum dalam mahkamah kerana rumahnya yang bernilai RM6 million.
Dia beli daripada syarikat swasta dengan harga RM3 million sahaja. Seksyen berkenaan adalah di bawah Penal Code - receiving property of below market price consideration. Akan tetapi di Sarawak, apa yang dilakukan ialah sebidang tanah yang nilai pasarannya lebih kurang RM400 juta telah dijual kepada syarikat yang dimiliki oleh anak Ketua Menteri Sarawak dengan harga RM80 juta sahaja. Bukankah ini merupakan satu kesalahan yang boleh didakwa, disiasat sekurang-kurangnya disiasat...
Seorang Ahli: Dia tak salah...
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Dan didakwa dalam mahkamah... [Disampuk] Ini biasalah BN, transformasi..., apa transformasi?
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Bekas Ketua Hakim pun kata takut sama BN.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Dan report. Laporan banyak sudah dibuat bahkan disebut beberapa kali di sini. Tidak ada tindakan. Kerajaan Barisan Nasional kata, jawapan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri kata, “Oh, sudah buka fail”. Buka fail buat apa? Untuk mendiamkan, untuk silent the critics. Ada, sudah buat fail, buka fail. Akan tetapi tidak ada siasatan, apa gunanya buka fail?... [Disampuk] Tidak ada! Tidak ada siasatan. Langsung tidak ada siasatan.
Perkara begitu masih berlaku di Sarawak. Native Customary Right Land (NCR) telah dijual dengan harga yang murah kepada syarikat yang dimiliki oleh ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak. Lebih kurang harganya yang dijual kepada syarikatsyarikat berkenaan dengan harga RM300 satu ekar. Selepas itu, syarikat ini jual kepada syarikat peladang dengan harga lebih kurang RM4,000 atau RM5,000 satu ekar. Ini satu rip-off dan apa yang dibuat selain daripada tanah–tanah yang diambil dijual dengan murah kepada syarikat yang berkaitan dengan keluarga Taib Mahmud itu, kontrak kerajaan.
Dan saya ada di sini, kontrak kerajaan, kontrak JKR untuk membekalkan batu-batu kepada JKR. SN Huing required dari tahun 2006 hingga tahun 2008. Selepas itu diperbaharui.
Tahun 2008 hingga tahun 2010, selepas itu kebelakangan ini diperbaharui lagi satu kali, tahun 2011m hingga tahun 2013 dan segala batu yang diperlukan untuk projek JKR untuk membuat jalan, membina apa-apa, batu itu agregat, stone aggregate dibekalkan oleh satu syarikat sahaja iaitu CMS Quarries Sdn. Bhd. Saya pun dimaklumkan bahawa pada tahun ini ada lebih kurang RM550 juta yang telah disalurkan ke Sarawak untuk pembinaan jalan di luar bandar. Segala kontrak mengenai pembinaan jalan luar bandar ini telah dimonopolized oleh syarikat yang berkenaan dengan CMS dan JKR di Sarawak seolah-olahnya bertindak sebagai agen CMS sahaja.
Apakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan buat? Apa-apa yang dikatakan transformasi, transformation of economy, political transformation, economy transformation, apa gunanya?
Apa kesalahan yang dilakukan tidak dibetulkan. Rasuah terus dibiarkan ia berlaku di Sarawak. Yang Amat Berhormat Menteri hanya bisu terhadap apa yang dilakukan sepanjang masa ini. Takkan dia tidak tahu, takkan beliau tidak tahu. Takkan Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada Barisan Nasional tidak tahu tentang penyelewengan yang telah dilakukan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Ha? Saya fikir saya ada satu jam... [Dewan riuh]
Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: You belum Ketua Pembangkang lagi.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Habiskan Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Okey. Oleh sebab kesuntukan masa, saya akan sebutkan lagi satu kes mengenai NCR Land. Setakat ini terdapat lebih kurang 200 kes tuntutan mengenai Native Customary Right Land (NCR) difailkan di dalam mahkamah. Bukankah ini menunjukkan satu kelemahan yang besar dalam pengurusan NCR?
Tuan Yang di-Pertua, walaupun pengurusan NCR ini adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri tetapi saya percaya yang ia juga terlibat unsur-unsur rasuah, unsur-unsur salah guna kuasa yang dilakukan dalam pengurusan NCR Land ini. Saya boleh beri satu contoh. Satu surat yang ditulis oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Bukit Begunan yang juga pada masa ini beliau belum jadi menteri muda. Dia masih seorang Yang Berhormat, ADUN. Inilah yang dia tulis dan saya baca, “As an elected representative of the area, I hereby authorized Mr. Kho Chee Pheng to propose, organized and invite any potential investor(s) intending to establish and to develop on a joint venture basis with the landowners of oil palm plantation in the Kelingkang Range, (Bukit Begunan), Sri Aman, Sarawak”.
“I the undersigned hereby agree that the investor(s) will have to pay at least RM1000 per acre and after deduction of the upfront to LCDA the balance will be divided 50 percent to the undersigned and 50 percent to Kho Chee Pheng. The balance to be divided 50% to be paid to the undersigned. I also agree, that any of the three company, Noble Reserves Sdn Bhd, Noble Resources Sdn Bhd and Noble Rewards Sdn Bhd to be used for the joint venture with the investors.
Together herewith I enclosed my personal and my CV and also three photocopies of our nominees IC, namely Bawang Ak Dem, Leyta Kupa and Henry Yan Masing”, Henry Yan Masing itu adik James Masing atau abang James Masing...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Habiskan Yang Berhormat?
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Ini menunjukkan satu korupsi. Surat ini menunjukkan satu korupsi sebagai seorang wakil rakyat di kawasan itu. Dia kata dia pernah menggalakkan pelaburan untuk ladang kelapa sawit dan tertulis dalam suratnya. Satu kickback, kickback. Itu kickback, satu jumlah RM70 juta.
Tuan Yang di-Pertua, bukankah ini satu perkara yang serius dan apa yang dikatakan oleh James
Masing, iaitu Menteri Sarawak, dia kata, “Oh kerana ini joint venture, did not materialize. So, never mind. It is a non issue”. Did not materialize, so it is a non issue. Bahkan itu surat yang dikeluarkan. Saya menyeru supaya MACC buat siasatan dengan segeranya.
Saya harap kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri benar-benar percaya atas apa yang dilaung-laungkan oleh beliau hendak transform negara ini, rasuah adalah merupakan satu musuh yang paling besar dalam negara kita. Pembanterasan rasuah ini harus dibuat dengan sebetul-betulnya.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment