Saturday 6 July 2024

Pengguna MySRBN digesa muat turun aplikasi MySDEC sebelum 7 Julai

 

By Simon Peter

KUCHING, 6 JULAI 2024 – Pengguna Sarawak Rural Broadband Network

(MySRBN) yang telah mendaftar sepanjang tempoh percubaan digesa untuk

memuat turun aplikasi MySDEC dengan segera sebelum 7 Julai 2024 untuk terus

menggunakan perkhidmatan internet MySRBN yang telah dipertingkatkan.

 

Caption: The MySRBN drive at Kampung Buntal

Ikutan penambahbaikan dan pengembangan kawasan liputan, Kerajaan Sarawak

melalui Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) baru-baru ini telah

memperkenalkan pakej pra-bayar MySRBN yang telah dipra-muat dengan data

percuma 300MB setiap bulan, sekaligus memberi peluang kepada komuniti luar

bandar menikmati akses internet berkelajuan tinggi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SDEC Ir. Ts. Sudarnoto Osman, adalah kritikal

bagi pengguna MySRBN untuk memuat turun aplikasi MySDEC sebelum 7 Julai

untuk menikmati data percuma 300MB dan pada masa yang sama, mempunyai

pilihan untuk menambah nilai data apabila mereka telah habis menggunakan

data 300MB tersebut.

“Pengguna MySRBN mempunyai pilihan untuk menambah nilai data serendah

RM5 seminggu untuk 200GB data atau RM20 sebulan untuk 1TB data.

Walaubagaimanapun, terlebih dahulu, pengguna mesti mengemaskini maklumat

peribadi mereka dengan memuat turun aplikasi MySDEC melalui Apple App Store,

Google Play Store atau Huawei AppGallery,” kata Sudarnoto.

Tambah beliau lagi, untuk pengguna MySRBN sedia ada, terdapat ‘landing page’

yang akan timbul sebagai ‘pop-up’ dalam telefon bimbit untuk mereka mengisi

maklumat penting sebelum diberi akses kepada internet.

Selain daripada berfungsi untuk mendaftar perkhidmatan MySRBN, menambah

nilai dan membuat pembayaran, serta mengemaskini maklumat peribadi,

pengguna aplikasi MySDEC juga boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk

menerima maklumat terkini berkaitan MySRBN secara ‘real-time’ dan inisiatif

SDEC, serta mendapat akses kepada portal kerajaan secara atas talian.

Untuk maklumat lanjut tentang MySRBN, layari mysrbn.sarawak.digital atau ikuti

akaun Instagram MySRBN (my_srbn) atau Facebook MySRBN (Sarawak Rural

Broadband Network).


No comments: