Saturday 16 September 2017

Nancy puas hati dengan perkembangan pembinaan projek Rancangan Memulihkan Koridor Sungai Batang Sadong



SIMUNJAN, 16 September - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri membuat tinjauan ke atas projek Rancangan Memulihkan Koridor Sungai (RMKS) Batang Sadong di Pekan Simunjan pada petang semalam.

Datuk Seri Nancy Shukri melawat project RMKS Batang Sadong yang benilai RM13.8 milion 
Turut serta dalam tinjauan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Simunjan  Awla Dris serra pijak Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (DID).

Nancy yang berpuas hati dengan perkembangan pembinaan projek tersebut berharap projek itu dapat disiapkan mengikut jadual iaitu pada Mei tahun depan.

Ini kerana hakisan sungai sering berlaku di kawasan itu dan boleh menjejaskan kerja-kerja pembinaan.

Malah, banyak rumah di sekitar kawasan berkenaan telah musnah akibat hakisan sungai yang teruk.

Beliau juga berkata pihaknya telahpun meminta Kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat terutamanya untuk membantu dalam mempercepatkan apa jua keperluan penduduk di situ.

Projek Rancangan Memulihkan Koridor Sungai (RMKS) Batang Sadong di Pekan Simunjan di bawah Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMKe-11) dengan siling yang diluluskan sebanyak  RM15.5 juta.

Kerja-kerja pembinaan bermula secara rasmi pada 22 September 2016 untuk disiapkan dalam tempoh dua puluh bulan  iaitu pada 21 Mei 2018 dengan nilai tender sebanyak  RM13.831 juta.

Skop Projek Rancangan Memulihkan Koridor Sungai (RMKS) Batang Sadong di Pekan Simunjan, Bahagian Samarahan ini bagi perlindungan tebing kanan sepanjang 560 meter merangkumi kerja penanaman cerucuk kepingan keluli, pemasangan ‘geotextile’ di bahagian tebing aras, pemasangan lapisan timbunan ‘armour rock’ dengan ketebalan minimum 1.4 meter di bahagian tebing bawah dan ‘toe protection’ di dasar sungai, ‘earth filling’ dan pembinaan sistem saliran.

Projek ini dijangka dapat mengatasi masalah hakisan tebing sungai yang mengancam harta benda awam di Pekan Simunjan dalam jangka masa panjang.

Di samping itu, ianya turut menyediakan tempat riadah bagi penduduk setempat dengan kemudahan laluan pejalan kaki (walkway) yang disediakan dalam projek ini.

No comments: