Saturday 10 May 2014

Berita ka bala kitai ba Simunjan


May 9, 2014
YB Snowdan Lawan bertanya kepada Menteri Kemudahan Awam:
Apakah status perancangan Kerajaan mengenai bekalan elektrik luar Bandar di seluruh
DUN Balai Ringin?

Menteri Muda Kemudahan Awam (Y.B. Datuk Dr. Stephen Rundi anak Utom):
Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Balai Ringin. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Balai Ringin, di bawah Program NKRA, sebanyak 2,043 buah rumah telahpun siap dibekalkan dengan bekalan elektrik bagi kontrak tahun 2009-2010, 2011-2012 dan 2012-2013. Projek-projek tersebut meliputi pemasangan talian voltan tinggi 3KV dan 11KV di kawasan Balai Ringin, Abok, Sungai Tengang, Jaong, Pantok, Terapak dan Lacau. Walau bagaimanapun, bagi kontrak tahun 2013-2014, kerja-kerja pembinaan masih dalam pelaksanaan dan kini mencapai  70% dan dijangka siap Jun tahun ini. Kawasan-kawasan tersebut meliputi kawasan  Milikin, kawasan Kampung Jirok, Kampung Nyelitak, Kampung Sungai Pinang, Kampung  Sebangkoi, Kampung Bukit Pundar, Kampung Gawang, Kampung Gayau dan seterusnya  Kampung Sungai Kura. Bagi projek-projek di bawah kontrak tahun 2013-2015, semuanya sedang dalam pembinaan. Kawasan-kawasan terlibat ialah Kampung Giam Lama dan Kampung Giam Baru, Simunjan.




Dan kerja pembinaannya mencecah 32%  setakat ini. Manakala bagi Kampung Sebangkoi, Mawang, Kampung Segak, Kampung  Sungai Indai, Kampung Tubak, Kampung Sapak, Kampung Metuk, Kampung Kedumpai  Tengah, Simunjan, Kampung Mawang Lama dan Mawang Karak, sekitar kawasan  Kampung Saba Tapang, Kampung Empili Lama, Empili Burik, Kampung Baru Simpang Simunjan, Kampung Mawang Rumah Bi Anak Lai, Kampung Saba Apeng, Simunjan.Status projek-projek tersebut masih dalam kerja-kerja penandaan tiang ataupun pole tagging. Keseluruhan kontrak 2013-2015 dijangka siap pada Januari tahun hadapan.

YB Snowdan Lawan: (Soalan tambahan) Terima kasih, Tuan Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ada dua soalan tambahan. Apakah tindakan Kerajaan untuk mengatasi masalah voltage drop di beberapa buah kampung dan sekolah-sekolah kawasan saya di Balai Ringin. Dan soalan kedua disebabkan belum ada lagi pampasan diberi kepada syarikat pemaju ladang kelapa sawit, maka Lee Wei tidak dibenarkan untuk meneruskan projek bekalan elektrik luar bandar melalui ladang itu.Apakah tindakan Kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini agar ianya tidakterbengkalai untuk beberapa bulan.

Menteri Muda Kemudahan Awam (Y.B. Datuk Dr. Stephen Rundi anak Utom):
Terima kasih Ahli Yang Berhormat bagi Balai Ringin, kalau kita lihat voltage yang kurang ini, ada beberapa sebab, sebab pertama jika kawasan tersebut atau rumah panjang tersebut terletak jauh daripada grid source yang supply electricity untuk kawasan tersebut. Yang keduanya kawasan yang diberikan oleh RES adalah berbentuk single phase dan juga terutamanya untuk single storey long houses tetapi jika penggunaannya
sangat tinggi berlebihan dan kita mendapati dan dalam penyiasatan kita ada yang menggunakan beberapa air condition dan sebagainya, freezer dan sebagainya dalam kawasan rumah panjang tersebut maka terjadinya kekurangan voltage untuk kawasan atau supply untuk kawasan tersebut. Jadi dengan demikian akan berlakunya pengurangan kos elektrik untuk kawasan-kawasan yang sepatutnya cukup. Walau bagaimanapun, sebenarnya memang memadai to supply yang kita adakan untuk semua kawasan tapi dengan pembangunan yang ada sekarang, kita lihat rumah-rumah panjang tidak lagi menggunakan hanya kipas sahaja, mereka menggunakan aircond, menggunakan freezer, dan sebagainya, kadang-kadang heater juga. Jadi dengan itu, jika ada sekiranya kawasan-kawasan yang terlibat, melibatkan kekurangan yang demikian, kita berharap melaporkan kepada Regional Office untuk SEB kawasan masing-masing untuk diberikan siasat dan Kerajaan akan mengambil tindakan ataupun SEB akan  mengambil tindakan to increase the transformer supply to be upgraded di kawasan- kawasan yang terlibat. Dan jika sekiranya penggunaan itu berlebihan, kita mencadangkan untuk kawasan tersebut to be upgraded menggunakan three phase dan mereka akan membayar lebih lagi daripada kawasan-kawasan yang lain.

No comments: