Thursday 31 August 2017

Abang Johari: Malaysia not an obstacle for Sarawak to chart own destiny



Extracts of an address by Chief Minister Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg at the state-level National Day  celebration in Bintulu on August 31, 2017

HARI KEBANGSAAN NOT HARI KEMERDEKAAN
Salam Ibu Pertiwiku dan Salam Negaraku 1Malaysia
Saudara dan saudari sekalian mungkin bertanya apakah “Salam Ibu Pertiwiku”. Ia adalah jenama Sarawak sendiri yang bermaksud salam “Tanah Tumpah Darahku”.  Or greetings of our “Motherland”. It is our own brand.

CM:  We support a strong central government and we want a the State-Federal relationship to be close and cordial. We will always discuss with the federal government in a friendly and family-like atmosphere to solve whatever issues we have and come up with amicable solutions 
Mulai tahun lepas Sambutan Perayaan Hari Kebangsaan ianya tidak lagi dinamakan sebagai Sambutan Hari Kemerdekaan Negara tetapi Sambutan Hari Kebangsaan memandangkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu dan tarikh penubuhan Malaysia adalah tarikh yang berbeza. 

Terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana menghormati sentimen rakyat di Sarawak.

LEAPFROGGING TO DIGITAL ECONOMY
I took over as Chief Minister with the full awareness that Sarawak’s development cannot be on incremental basis anymore. We have to leapfrog our economy from one that is semi-mechanised to a digital economy otherwise we will be forever behind the rest of the world which are fully capitilising on digital technology right now.

One of the first few things I did upon taking over as Chief Minister was to ask the State Secretary to organise an International Conference on ICT Infrastructure and Digital Economy or IDECS on 3rd and 4th April this year. We invited many world experts to present their ideas, including Canadian Don Tapscott, who is an  expert on digital economy. We want to tap their expert ideas in our quest to ditigise Sarawak’s economy and government administration.

Sekarang ini bahan mentah atau komoditi yang paling berharga bukan lagi ”minyak” atau ”oil” tetapi ”data” atau ”maklumat”. Majalah Economist menyatakan keuntungan syarikat Amazon Dot Com, Facebook dan Microsoft untuk suku pertama 2017 ialah USD25 bilion. The Economist magazine said that the most valuable resource in the world today is not ”oil” but ”data”. This is the world we are in now.

With this background we have to be innovative enough to transform our economy from a conventional to a digital economy. As  I said we cannot be incremental in our approach but we have to leapfrog. We have to leapfrog because we are left very far behind.

Today, developed countries are already at the stage that is   called Industry 4.0. The First Industrial Revolution or Industry 1.0 was triggered by the invention of steam engine and water power that lead to mechanisation. The Second Industrial Revolution, Industry 2.0. is the era of mass production, assembly line and electricity. Industry 3.0 was the era of computer and automation. And Industry 4.0. is the current era of automation and data exchange or simply the era of digital technology and data.

Di mana kah kita sekarang? Paling tinggipun kita masih berada antara Industry 2.0 dan Industry 3.0. Ada dalam kalangan petani kita masih menggunakan kerbau untuk membajak sawah; belum lagi menggunakan mesin, iaitu masih berada di bawah tahap Industry 2.0.

Ada orang bertanya kepada saya, ”Mampukah kita melompat dari Industry 2.0 kepada Industry 4.0?” Bagi saya kita tidak boleh bergerak secara ansur-ansur lagi tetapi hendaklah ”melompat”.

Inilah sebabnya saya telah melancarkan gerakan besar-besaran supaya Sarawak dapat melompat untuk mencapai tahap ekonomi digital pada tempoh sepuluh atau dua puluh tahun akan datang.

UPGRADING OF INFRASTRUCTURE,  INTERNET SERVICES
Pertama sekali, impian kita untuk menjadi ekonomi digital perlu disokong oleh infrastruktur Internet yang menyeluruh. Kerajaan Negeri menyediakan dana RM 1 bilion untuk mempertingkatkan infrastruktur Internet di seluruh negeri supaya perkhidmatan Internet boleh dicapai di seluruh Sarawak dengan kelajuan sehingga 4 Terabit sesaat pada rangkaian utamanya atau ”back haul speed”,  dan kelajuan sehingga 100 megabit sesaat untuk setiap isi rumah. Dengan dana RM1 bilion ini, kita akan berusaha untuk mempertingkatkan jumlah menara  telekomunikasi sehingga 5,000 daripada 1,200 yang ada sekarang.

BIG DATA
Our digital pursuit also need us to ”open up”  the humoungous volume government data, of the industries and individuals to sharing and linking with one another. This sharing of data from numerous sources is called Big Data which breed a lot digital innovation  in digital economies, especially in the West. We hope to be able to roll-out our very first Sarawak Big Data by the first quarter of next year as an important milestone in our digital journey.

SARAWAK MULTIMEDIA AUTHORITY
Before rolling out the data, we need to have the laws to regulate the business of data sharing and digitisation. I shall be tabling the Sarawak Multi Media Ordinance in the November sitting of the Dewan Undangan Negeri that will govern all aspects of the digital development in the State. The ordinance will provide for the formation of the Sarawak Multi-Media Authority (SMA) which would be set up by January next year.

DIGITAL INNOVATION HUB, VILLAGE
I believe we have the human capacity to help us to achieve our digital pursuit. There are many talented and qualified Sarawakians, including those Anak Sarawak who are outside the country. We are also training and helping our young people to be involved in digital innovation. Last Monday I launched the Tegas Digital Innovation Hub in Kuching which is a precursor to the setting up of a Digital Village in Samajaya in Kuching by the year 2020.

NEW DISCIPLINE OF STUDIES
We will also be sending people to study in various new disciplines at the masters and Phd levels at reputable research universities in the country and overseas. Yayasan Sarawak will be providing loans and scholarships for this purpose. We are able to do this because Yayasan Sarawak is able to collect more money now that we have increased our timber premium on its concession areas from 80 cents to RM50 per cubic metre. Yayasan Sarawak is expecting a revenue of RM300 million annually from timber premium compared to about RM20 million previously. With more income Yayasan Sarawak is able to set aside RM100 million anually for education compared to only RM9 million before this.

NOTE OF THANKS TO FEDERAL GOVERNMENT
Kita sudah berada dalam Persekutuan Malaysia selama 54 tahun. Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk membantu Sarawak bergerak maju seiring dengan negeri-negeri lain. Kita mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang telah meluluskan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo yang sedang giat dilaksanakan dari Telok Melano di Sematan ke Miri dan seterusnya ke Limbang dan Lawas. Ini merupakan projek pembangunan infrastruktur yang terbesar Kerajaan Persekutuan di Negeri Sarawak dalam tempoh 54 tahun. Kita yakin Lebuh Raya Pan Borneo adalah antara pemacu  pembangunan di Negeri Sarawak. 

CHARTING OWN DESTINY
Malaysia bukanlah penghalang untuk Sarawak menentukan nasibnya sendiri. Sekaranglah masanya kita mengorak langkah supaya Negeri Sarawak boleh menjadi negeri yang maju dan setanding, kalau tidak lebih kehadapan daripada negeri-negeri lain.

DBOS, PETROS, METHANOL, BAKUN             
Inilah sebabnya, kita telah melaksanakan beberapa inisiatif supaya sarawak mampu bergerak pantas. Bank Pembangunan Sarawak atau DBOS telah ditubuhkan untuk membiayai beberapa projek strategik, termasuk pembaikan lebih 1000 sekolah daif di seluruh Negeri Sarawak. Kita sudah melantik Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah, dan CEO DBOS dari kalangan professional kita sendiri, dan saya yakin ia akan mula beroperasi awal tahun hadapan.

Sarawak juga sudah menubuhkan syarikat minyak dan gasnya sendiri, iaitu PETROS. Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah PETROS sudah dilantik dan Lembaga ini akan melantik CEOnya daripada kalangan anak Sarawak yang berkelayakan. Saya sedar penubuhan PETROS menarik minat begitu ramai anak Sarawak, samada di dalam atau luar negeri. 

Ini suatu petunjuk yang baik bahawa rakyat Sarawak menyokong penubuhan PETROS yang akan menjadi syarikat minyak Sarawak seperti PETRONAS sebagai syarikat minyak dan gas nasional. PETROS akan ditadbir urus oleh para profesional dari kalangan anak Sarawak sendiri yang mempunyai pengalaman yang luas dalam industri minyak dan gas. Sarawak perlu bergiat aktif dalam industri huluan minyak dan gas tanpa perlu menunggu keputusan rundingan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan untuk menaikkan royalti minyak daripada 5 % kepada 20 %.

Bintulu amat bernasib sebagai pusat industri minyak dan gas Sarawak di samping mempunyai bandar satelit Samalaju sebagai pusat industri SCORE.  Kita mahu supaya Bintulu menjadi hub industri gas di Sarawak. Sebuah loji methanol akan dibina tidak lama lagi di Tanjung Kidurong oleh sebuah syarikat kepunyaan Negeri Sarawak sebagai satu lagi langkah ke arah menjadikan Bintulu sebagai pusat industri gas.

Kita sudah mengambil alih Empangan Hidro Bakun dengan harga yang berpatutan dari Kerajaan Persekutuan. Dengan kuasa penuh ke atas Bakun, kita yakin sumber tenaga di Negeri ini mampu kita urus dengan baik untuk tujuan pembangunan industri seperti di Samalaju.

AGRICULTURAL TRANSFORMATION
Pada bulan yang lepas kita telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa mengenai Pertanian dan Industri Berasaskan Pertanian di Negeri Sarawak atau ICAAS untuk mendapatkan idea baharu bagi mentransformasikan bidang pertanian di negeri ini. Dengan usaha gigih Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah yang menjadi Menteri Modernisasi Pertanian saya yakin persidangan tersebut akan menjadi titik permulaan ke arah era baharu dalam bidang pertanian di negeri ini.

Bidang pertanian kita juga memerlukan usaha serius untuk  ditransformasikan menjadi modern, berbentuk komersial dan digital. Sarawak hendaklah menjadi pengeksport produk makanan untuk memajukan industri pertaniannya. Pasaran yang perlu menjadi sasaran kita ialah penduduk Asia yang berjumlah lebih 3 bilion di luar sana.

Jumlah penduduk kita kecil tetapi tidak mustahil kita boleh mengeluarkan bahan makanan yang banyak seperti yang berlaku di Amerika Syarikat dengan kaedah mekanisasi. Kaedah pertanian baharu seperti fertigasi membolehkan petani mengeluarkan bahan makanan di mana sahaja tanpa bergantung kepada jenis tanah di samping keupayaan untuk mengawal faktor-faktor seperti air, kelembapan dan nutrien untuk hasil yang optima.

Negeri Sarawak luas dan mempunyai banyak tanah pertanian seperti Tunoh di Kapit dan Kawasan Sadok di Betong yang belum lagi dieksploitasi potensinya. Sudah lebih 50 tahun kita telah mencuba untuk mengangkat martabat pertanian di negeri ini kepada status industri tetapi belum lagi mencapai tahap yang diimpikan. Kita sudah berusaha begitu lama menggunakan kaedah subsidi input pertanian tetapi ini tidak mampu untuk melonjakkan status bidang pertanian di negeri ini kepada tahap komersil.

We have to come up with a new way to develop our agriculture so that it can become a profitable business venture for our farmers. I have approved an allocation of RM100 million to be used as venture capital that shall be made available through a special purpose vehicle that the government will form soon.

DRAWING INSPIRATION FROM DEVELOPED COUNTRIES
We draw inspiration from small but developed countries like Estonia which took less than three decades to be in the forefront of digital economies in Northern Europe. If Estonia can do it  why can’t Sarawak. Sarawak has all the ingredients to be a digital economy powerhouse in the country or even in the region. All we need now is for us to consolidate our natural and manpower resources, be focus in our goal, avoid distraction by petty issues and stay united as one people of Sarawak regardless of our differences in opinion.

DEVOLUTION OF POWER, FEDERAL-STATE RELATION
Saya ingin menegaskan semula bahawa berada dalam Malaysia tidak bererti kita tidak boleh menuntut hak kita seperti yang telah dipersetujui apabila Perjanjian Malaysia ditandatangani 54 tahun yang lalu di London.

Rundingan dengan Kerajaan Persekutuan untuk mengembalikan hak-hak Sarawak yang sudah terhakis akan diteruskan.

Saya telah menghantar rombongan ke London untuk membuat penyelidikan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 dan mereka telah kembali dengan beberapa penemuan penting untuk menyokong hujah-hujah kita.

Usaha kita untuk menuntut hak Sarawak tidak juga bererti sokongan kita terhadap kewujudan dan kedaulatan Malaysia sudah berbelah bagi.

We support a strong central government and we want a the State-Federal relationship to be close and cordial. We will always discuss with the federal government in a friendly and family-like atmosphere to solve whatever issues we have and come up with amicable solutions.

We thank the Prime Minister for being always open and willing to discuss with us our request that powers of the State which have been eroded over the years be returned to Sarawak. - August 31, 2017


No comments: