Wednesday 20 September 2017

Nancy membuat tinjauan ke atas project Dataran Kejat di Simunjan



SIMUNJAN, 20 September 2017 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri membuat tinjauan ke atas projek Dataran Kejat dan Taman Botani di Padang Bolasepak, Jalan Sabun, disini petang semalam.

Nancy Shukri (kiri) berharap projet Dataran Kejat dapat membantu menyelesaikan masaah kekurangan tempat letak kereta
Menurut beliau, apabila siapnya projek ini nanti, dapat membantu menyelesaikan masalah kekurangan  tempat letak kereta di Simunjan terutamanya ketika penganjuran acara besar di kawasan berkenaan.

Selain itu, projek di bawah peruntukan Projek Mesra Rakyat (PMR) itu turut menempatkan Taman Botani yang akan memberi peluang kepada penduduk sekitar, menanam tanaman herba.

"Projek ini adalah projek dengan kerjasama Majlis Daerah, Pejabat Daerah dan pihak Ahli Dewan Undangan Negri bagi Simunjan.

"Saya pernah membawa pihak FRIM untuk meneroka tanaman herba di Gunung Ngeli dan dalam tempoh dua jam sahaja, pihak FRIM telah mengenalpasti sebanyak 70 jenis herba terdapat pada gunung tersebut.

"Ini merupakan sesuatu yang unik dan boleh menjadi bahan kajian kepada mereka yang berminat dalam bidang herba," kata Nancy.

Menurut beliau, projek tersebut dijalankan berperingkat dan meliputi kawasan seluas 2,000 meter persegi.

Beliau berharap pembinaan Dataran Kejat dapat disiapkan menjelang Pesta Simunjan yang akan diadakan pada 29 September hingga 1 Oktober ini.

Antara tarikan pada pesta ini ialah aktiviti sukan air seperti perlumbaan pump ski serta Simunjan Kitchen di Padang Sentral Simunjan melibatkan 30 gerai yang menjual juadah tempatan. ends

No comments: