Tuesday 12 September 2017

Sarawak tiada tempat untuk pelarian Rohinggya, kata ketua Pemuda PBDS



LUNDU, September 12, 2017 - Kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohammed terus menerima bantahan daripada pelbagai pihak.

Rapelson Richard Hamit
Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru) melalui Ketua Pemuda nya Rapelson Richard Hamit menyelar kenyataan Nur Jazlan sebagai suatu tindakan yang tidak wajar.

"PBDS Baru membantah sekeras-keras nya tindakan Kerajaan yang bercadang untuk membenarkan kemasukan lebih ramai perlarian Rohingya ke negara ini", kata Rapelson ketika mengadakan sidang media di sini.

"Menurut  Nur Jazlan, setakat ini terdapat kira-kira 56,000 pelarian Rohingya berada di negara ini dan mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Pelarian (UNHCR)", ujar Rapelson.

"Janganlah jadikan Malaysia sebagai sebuah negara gelandangan. Negara kita sudah cukup popular dengan isu 1MDB, perlukah Malaysia menjadi tumpuan dunia sekali lagi?" jelas Rapelson.

Menurutnya lagi, sebarang perancangan Kerajaaan Persekutuan untuk membawa masuk pelarian Rohingya ke Sarawak akan ditentang berhabis-habisan dan tidak dibenarkan sama sekali. Beliau mengulas isu yang menjadi viral di media sosial berkaitan cubaan menempatkan pelarian Rohingya di Serian, Sarawak.

"Walaupun kita tidak tahu sejauh mana kebenaran berita ini, namun, kita harus berwaspada. Sarawak terlalu kecil dan tiada tempat untuk pelarian Rohingya", tegasnya.

Bahkan, tambah Rapelson, masyarakat Dayak di Sarawak sendiri pun tiada tanah untuk hidup atas kegagalan Kerajaan Negeri pimpinan Barisan Nasional yang gagal mengiktiraf Tanah Adat Asal Bumiputera (NCR).

"Orang Sarawak terutamanya masyarakat Dayak sendiri pun ibarat "tetamu" di negeri ini atas kegagalan Kerajaan Negeri mengiktiraf status pemilikan Tanah Adat Asal Bumiputera (NCR). Apatah lagi hendak mebawa masuk pelarian Rohingya yang terkenal dengan perangai ganas ke negeri ini?," bidasnya.

"Kemasukkan mereka akan merampas peluang pekerjaan di negeri ini dan secara tidak langsung menyebabkan kemunduran ekonomi dan juga pendapatan rakyat", kata Rapelson.

Selain itu, beliau juga membidas kenyataan Datuk Idris Buang yang dikeluarkan melalui sebuah akaun Facebook.

"Idris Buang berkata atas dasar kemanusiaan, tetapi beliau harus sedar bahawa keselamatan warga Sarawak sendiri perlu dijaga", kata Rapelson.

Menurut Rapelson lagi, aspek keselamatan adalah suatu pekara yang amat mustahak untuk dipertimbangkan. Ini kerana kata nya, pelarian Rohingya telah ditolak oleh pelbagai negara dan telah menjadi pelarian yang merentasi beberapa sempadan antarabangsa.

"Kenapa mereka diusir dari Rakhine oleh kerajaan Mynmar dan kenapa pihak kerajaan Thailand, Kamboja, Laos dan juga Nepal serta Pakistan tidak menerima mereka?", soal nya.

"Melainkan tujuan membawa masuk pelarian Rohingya atas tujuan politik untuk menjadi pengundi hantu", bidas Rapelson.

Sebelum ini warga Rohingya telah menimbulkan rusuhan dan kekecohan di Kuala Lumpur.

No comments: