Saturday 25 November 2017

DNI adakan kursus pengenalian peralatan GPS bulan depan



Oleh Rapelson Richard Hamit
KUCHING: Dayak Nation Institute (DANI) akan mengadakan Kursus Asas Tanah Hak Adat (NCR) dan Asas Pengendalian Peralatan GPS (GPSMap 62s) untuk pemetaan komuniti sempena cuti sekolah pada 4 Disember 2017 sehingga 9 Disember 2017.

Yuran akan dikenakan sebanyak RM100 untuk dewasa bukan pelajar dan RM 60 untuk pelajar sekolah, IPTA dan IPTS (selepas diskaun 40% untuk pelajar).

Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan asas Tanah Hak Adat (NCR) dan cara-cara pengendalian dan pengunaan peralatan GPS (GPSMap 62s) untuk  pemetaan komuniti.

Pemetaan komuniti penting bagi menentukan keluasan kawasan, menentukan sempadan tanah hak Adat dan juga pemetaan komuniti untuk perlindungan mempertahankan tanah untuk masa hadapan.

Fokus dalam kursus ini adalah Pengendalian Peralatan GPS (GPSMap 62s) untuk pemetaan komuniti.

Pengendalian GPS adalah asas untuk mengambil titik koordinat bagi sempadan dan juga mengambil tanda-tanda bersejarah yang menandakan kawasan NCR seperti tembawai (petempatan lama), pendam(kubur), tinting (kaki bukit) dan sebagainya. 

Makanan, minuman, bahan pencetakan dan sijil akan disediakan untuk peserta kursus berkenaan.

Praktikal di lapangan akan dijalankan selepas tamat kuliah. Setiap slot adalah terhad kepada maksima 10 peserta agar pengajar fokus kepada pelajar.

 Fokus interaksi komunikasi dua hala untuk pemahaman Kursus Asas Tanah Hak Adat dan Asas Pengendalian Peralatan GPS. 

Kursus ini akan dijalankan di Kuching.
Tempahan di luar Kuching juga dijalankan bergantung kepada permintaan.

Untuk tempahan tempat sila hubungi 0111-9882210.

No comments: